Saturday, July 4, 2015

Saturday, June 20, 2015

Peristiwa Ajaib Berlaku Selepas Amalkan Sedekah Waktu Subuh !!!


Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya....

bagi saya …ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps...

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya....

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini....

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka “pick up” apa yang saya katakan.

pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.....

seorang lagi sahabat menyatakan, “apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat” itulah kata-katanya…..

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap….memanggil namanya IBU…setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata....

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya…tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun....

CARANYA????…mudah sekali...!!!

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL….iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga….dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin......

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan….....

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita…...

Jom kita sama-sama amalkan.....

Kredit penulis asal: Sharifah Fazilah

Sunday, June 14, 2015

TIPS EMAS - Bagaimana Disiplinkan Kewangan Diri

TIPS EMAS - Bagaimana Disiplinkan Kewangan Diri


Step 1 :.
=======

Dapat sahaja gaji, asingkan cepat-cepat 10% simpan sebagai BAKUL SAVING. (Sebagai permulaan main 5% dahulu, apabila agak mahir & seronok barulah naikkan ke 10% pula. & naikkn sedikit-sedikit apabila sudah selesa.

Step 2 :.
=======

Alih bakul iaitu dari BAKUL SAVING kpd BAKUL ASET, iaitu duit yg disimpan (dari bentuk simpanan) tadi bolehlah tukar kpd kepingan emas.
Tak perlu nk beli 5gram atau gram emas yg besar-besar ,kita boleh bermula la dgn 1gram je..kalau dikumpul tiap-tiap bulan...fuhhh boleh kira sndiri la nilai aset kita..emas ni makin mahal.

Kesan Sampingan Selepas Itu:.-


Anda akan tertanya-tanya dalam fikiran. Bila dah simpan & kumpul sendiri emas fizikal ni,pastu nak buat apa???

Kita boleh buat:.-

√ kahwin
√ beli property (kedai,rumah,tanah)
√ selesaikan hutang
√ zakat (diutamakan)
√ haji/umrah/melancong
√ pendidikan anak² => xperlu nk buat PTPTN
√ emergency (sakit)
√ simpanan utk bersara awal
√ boleh kembangkan ekonomi diri dgn buat bisnes lain. Emas sbg modal bisnes
√ renovate rumah bg besar & luas utk keselesaan keluarga
√ Dan lain-lain...anda tentukan kegunaannya... :)

~EMAS ADALAH WANG SEBENAR~

Jom Menabung 1 gram 1 bulan

Berminat ingin menabung dalam GAP PUBLIC GOLD..

WhatsApp : Mashita 016-7458005
                   Ajieb : 018-7894415

Emas Naik RM500 Tahun 2020





Bank Standard Chartered dunia mengunjurkan emas akan naik RM503 segram pada tahun 2020.  Adakah kenyataan ini  dibuat oleh seorang kerani bank Standard Chartered atau oleh pakar-pakar ekonomi Bank Standard Chartered dunia? Sudah tentu oleh pakar-pakar ekonominya,  pendek kata bukan sebarangan orang yang mengeluarkan kenyataan ini.    

Adakah ini satu realiti atau fantasi?
Bagi orang yang tidak mengikuti perkembangan emas, ianya pasti satu fantasi!
Bagi orang yang mengikuti perkembangan emas, ianya pasti menjadi realiti.

Lihat graf kenaikan harga emas selama 20 tahun.


Bermula dari tahun 2000 permintaan terhadap emas meningkat mendadak sehinggalah tahun 2011.  Harga emas pada tahun 2000 bersamaan RM30 segram, melonjak naik kepada RM86 segram pada 2008 dan seterusnya melonjak naik sehingga RM200 segram pada 2011.  

Kenapa ini berlaku?
Terdapat banyak faktor yang menyebabkannya, namum yang paling ketara permintaan terhadap emas meningkat,  meningkat dari tahun ke tahun.  Meningkat di seluruh dunia. Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menyimpan emas semakin meningkat dan akan terus meningkat.

Kenapa pentingnya menyimpan emas?
Kerana emas adalah pelindung kekayaan.  Kerana emas kalis inflasi. Kerana emas tidak boleh dimanipulasi. Kerana emas tidak boleh dicetak.  Kerana emas ciptaan Allah yang melambangkan kekayaan, kemewahan dan tidak boleh dicipta manusia.

Kenapa Islam menggunakan emas sebagai matawang (Dinar)? 
Pastinya emas logam yang amat istimewa.  Kerana emas adalah matawang sebenar.


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan 
bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.  Maka simpanlah DINAR dan DIRHAM (untuk digunakan)"

Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Bilakah akan tiba zaman yang nabi sebutkan ini?  7 tahun?  10 tahun?  20 tahun?  Atau kita masih nak mempertikaikan hadis ini sohih atau tidak?

Bukankah apa yang berlaku hari ini menunjukkan kita berada pada landasan yang Rasul sebutkan 1435 hijrah yang lalu?

Terlalu banyak persolan untuk di rungkaikan.  
Kenapa emas jatuh 2012, 2013, 2014?   Apa kaitan emas dengan keadaan ekonomi dunia sekarang ini?  Kenapa hari ini seluruh dunia menghadapi krisis matawang?  Bila emas akan mula naik?  Kenapa pakar mensasarkan permintaan emas akan naik berlipat ganda 2016 seterusnya mencecah RM500 segram tahun 2020?  Mungkinkah ia naik lebih tinggi?  

Bagi anda yang inginkan jawapan pada semua persoalan ini,  hadiri seminar kami.  Seminar bulanan PERCUMA. 

Pastikan anda tidak ketinggalan dan menyesal kemudian hari!  Tingkatkan simpanan emas anda hari ini.